Wednesday, February 2, 2011

Mix Theme


salam,


order ni dtg dari Pn Nadia, saje utk makan sendiri. dia ni mak buyung. so, dia order awal2 sbb mmg dia sendiri nak makan. then, berkali-kali mengingatkan saya. jadi, saya mmg tak sampai hati kalau harus menghampakan dia, walaupun pada awal2 tahun ni, guru-guru seperti saya akan ditimbuni kerja2 yg tak ada putusnya. She ordered 16pcs buttercream cupcakes with mix theme, plus half kilo cheesecake (tak smpt nak snap lah pulak)....
Thanks Nadia.

Wednesday, January 12, 2011

Soft Blue & White for Engagement.


Ntah la, sape yg bertunang pun saya tak tau, tapi yg pasti, order ni dari Khairul Aime. Thanks Khairul...

Tuesday, January 11, 2011

I'm Back!


Assalamualaikum and good evening,


Wahh...dah lama betul tak berblog. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepikan diri, saya sudah mula berani utk `membuka semula' perniagaan. Hahahaha, selama setahun saya meyepi ni, bukan pun langsung tak menerima order, tapi terhad dalam kalangan rakan-rakan dan saudara terdekat sahaja. Tak lupa juga gambar-gambarnya yg turut berada dalam simpanan saya. Nanti lah, saya upload perlahan-lahan.


So, orang Kulai dan Bandar Tenggara, here I am. Back on track, and ready to battle!

Friday, November 6, 2009

Berehat Seketika

Assalamualaikum,

Wah...lama betul tast didalam blog saya ni. Mcm2 hal yang terjadi & berlaku kepada saya sejak akhir-akhir ini yang mungkin saya tak dapat berkongsi dengan kawan2 di blog ini. Namun begitu, saya berharap agar rakan-rakan dapat mendoakan yang terbaik untuk kesejahteraan saya dan anak-anak.

Sejak bulan Ramadhan tempohari, saya memang tidak menerima sebarang tempahan demi menumpukan perhatian kepada keluarga, ibadah saya, dan juga tugas-tugas hakiki saya. Kemudian, selepas Hari Raya juga, terlalu banyak pekerjaan lain yang menuntut komitment saya yang bukan sedikit. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menempah kek @ cupcakes daripada saya, tapi saya telah menolaknya dengan baik. Tak lupa juga, saya akan mencadangkan beberapa bakeries yang sesuai dengan majlis & lokasi masing-masing. Maaf lah, mmg tak mampu dari segi perhatian dan masa.

Pada masa yang sama, saya juga tidak berani untuk mengatakan bahawa saya akan menutup operasi Cuppylicious kerana saya tahu bahawa inilah passion saya. Cuma ada sesetangah waktu dalam setiap tahun, kita memerlukan masa untuk perkara-perkara yang lebih utama.

Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi, dan kita jumpa lagi....