Friday, November 6, 2009

Berehat Seketika

Assalamualaikum,

Wah...lama betul tast didalam blog saya ni. Mcm2 hal yang terjadi & berlaku kepada saya sejak akhir-akhir ini yang mungkin saya tak dapat berkongsi dengan kawan2 di blog ini. Namun begitu, saya berharap agar rakan-rakan dapat mendoakan yang terbaik untuk kesejahteraan saya dan anak-anak.

Sejak bulan Ramadhan tempohari, saya memang tidak menerima sebarang tempahan demi menumpukan perhatian kepada keluarga, ibadah saya, dan juga tugas-tugas hakiki saya. Kemudian, selepas Hari Raya juga, terlalu banyak pekerjaan lain yang menuntut komitment saya yang bukan sedikit. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menempah kek @ cupcakes daripada saya, tapi saya telah menolaknya dengan baik. Tak lupa juga, saya akan mencadangkan beberapa bakeries yang sesuai dengan majlis & lokasi masing-masing. Maaf lah, mmg tak mampu dari segi perhatian dan masa.

Pada masa yang sama, saya juga tidak berani untuk mengatakan bahawa saya akan menutup operasi Cuppylicious kerana saya tahu bahawa inilah passion saya. Cuma ada sesetangah waktu dalam setiap tahun, kita memerlukan masa untuk perkara-perkara yang lebih utama.

Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi, dan kita jumpa lagi....