Wednesday, June 24, 2009

Breakfast?







Mlm tadi dah buntu nak buat breakfast apa. Bukannya apa, si abang ni taste nya mmg leceh sket, byk makanan yang tak suit dgn tastenya. tapi, homemade bread ni mmg antara kesukaannya. so mlm tadi, lepas tgk berita, sambil-sambil mendeko kek Puan Navamani (fresh cream chocolate cake) utk birthday hubby nya, saya pun menghangatkan la lagi oven tu. Hehhehehe...pastu baru kelam kabut teringat ada buku2 students dlm kereta yang belum ditanda. Akibatnya, tidur lambat le mlm tadi... heheheheh


Monday, June 22, 2009

Student, I am.

Hasilnya.....



Bangga gila dapat buat frill yang cantik ni. hehehehehe





highest tier.



Minggu lepas, Lina (Cuppies4u) sms saya dan mengajak saya join kelas Kak Min (Baking Project). Mmg nak join sgt, tapi apakan daya, hari Sabtu yang lepas ada LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan- in-house training yang wajib untuk semua guru). Penatnya hari tu, abis pun pkl 2! okay, back to the story, time surf blog kwn2, "terperasan" la pulak Kak Azie ada buat kelas SteamButterCream the next Sunday. Apa lagi, Intan pun terus join la, cukupkan kuota. Sebelum ni, saya selalu join kelas Kak Ummi Eyna, tapi kali ni saje je nak tukar angin, nak tgk2 tempat baru. Kesimpulannya, kelas Kak Azie ni mmg sgt best! Berbaloi sesgt sbb banyak tips and trick yang saya perolehi daripada Kak Azie dan kwn2 (Kak Ana, Kak Zai dan Ema). Thanks to all! Yes, a student I am,

Teacher, I am.

Cikgu Maria tergelak-gelak apabila "dipaksa" bermain dengan buttercream.

Hasil kerja Cikgu Hairunnisak.








Haaaa...Cikgu Rosnah ni cikgu Lukisan Kejuruteraan, no wonder she got the "drawing" talent. Dia nak sgt title Pelajar Cemerlang. Ok lah, Intan bagi title pelajar cemerlang kelas cupcake kali ini untuk cikgu Rosnah.



Ini adalah aktiviti saya dan kwn2 hari Jumaat lepas. errr...cupcake class. Sebenarnya, dah lama kwn2 minta tolong saya ajar buat kek dan cupcake, cuma takde masa je. Lepas abis buat master aritu, saya ada lebih masa untuk kwn2. so, lepas balik sekolah Jumaat aritu (the only day yang takde meeting atau kelas tambahan), sayadengan senang hati ajar kwn2 buat kek & cupcake. FOC! cuma diaorg cover kos barang2 je. Heheheh saya tak lokek ilmu tau! InsyaAllah, kalau ada resepi apa2 yang kwn2 perlu, kalau saya tahu, mesti saya share. Rezeki tu kan Allah dah tetapkan. Moga2 segala ilmu yang dikongsi dapat dimanafaatkan. Indeed, a teacher I am!

Monday, June 8, 2009

Cuainya Sayaaaaaa!!!!

Assalamualaikum,

Al-kisahnya, nak dijadikan cerita, terlampau busy dgn tempahan kek-kek perkahwinan, sampaikan 3 big events, a.k.a 3-self-improvement cakes, telah saya abaikan untuk di-snap (cuainyaaaaaaa sayaaaaa). Dah la pertama kali buat kek bertingkat-tingkat, tapi, dek terlalu mengejar masa, semuanya tak sempat nak diambil gambarnya. Apa pun terima kasih kepada semua yang mengorder.

1. Cik, errrr Puan Hazwah dari Taman Sayong Pinang - 50 pcs fondant cupcakes.

2. Puan Nuzinara dari Felda Ulu Penggeli - 2 tiers buttercream wedding cakes.

dan

3. Cik Surianti dari Ladang Fraser, Kulai - 3 tiers buttercream wedding cakes.

Minta Maaf sgt kepada semua customers sbb mmg tak teringat langsung nak snap. Jgn kecil hati ya! Apa pun, terima kasih sekali lagi.

Penat juga ye?
















Adeh...ingatkan cuti sekolah boleh relax? takde makna nya! penat la nak taip2. Straight forward lah ye? Yang warna coklat ni 1/2 kg kek hantaran. En Zaireen ni nak yang simple sahaja (taste org lelaki kan?), time bertunang nya aritu. Terima kasih ya! Cupcakes ni pula diorder kwn2 hubby di AmBank Kulai, nak buat makan2 merangkap sample. 1 kotak lagi ditempah Pn Siti Aini, Taman Putri, Kulai.

Maria oh Maria!













Assalamualaikum,
Cikgu Maria ni adalah antara salah seorang regular customer saya. Majlis pertunangannya pada 6.6.2009, tapi di Melaka lah pulak! Ketika mula-mula dia nak menempah dari saya, saya tak sanggup sbb memikirkan kondisi cupcakes dan cake yang akan ditempah. Tapi, memikirkan atas dasar persahabatan, last2 minute saya bersetuju juga. Bayangkan lah, bertunang 6.6, tapi Maria sanggup menunggu jawapan saya sehingga 5.6.2009. Terima kasih Maria atas kepercayaan saudari terhadap saya. So, pagi2 Sabtu tu, saya kirim thru tunangnya yang baru nak bergerak ke Melaka. Dia order 1 kg fondant cake, dgn 100 pcs dome cover buttercream cupcakes. Dia minta tolong saya letak ribbon sekali atas dome cover tu. Baikkkkkkkkkkk!!


Marathon Bermula!











Musim cuti sekolah, banyak ler undangan perkahwinan. So, walaupun agak busy mengadakan kelas tambahan, saya ambil juga order sbb saya selalu terfikir, sebelum ni promote mcm nak gila, time org nak order, tetiba tak sanggup pulak. Okeh, Kek hantaran perkahwinan yg berwarna oren itu di order Pn Zasilah, Taman Gunung Pulai, Kulai utk hantaran adik iparnya. Dia nak oreo cheesecake yang simple, takmau topping, cuma letak cover tepi je. tapi saya "seri" kan sket dgn gumpaste flower. Yang biru pula diorder oleh Surianti, di Ladang Fraser, untuk hantaran kakaknya, Susanthi. Mencabar juga masuk ke Ladang Fraser, Kulai time buat delivery tu. Anyway, Thanks semuanya.

I'm Back!! (Part II)











waahhhhh...betullah! lama betul tak update blog. Hahahahha...mmg busy yang teramat sangat. Maklumlah, pekerjaan nombor satu saya tu menuntut perhatian yang lebih. Anyway, thanks to Intan Nor Atikah for the CMC and to Pn Hamidah, En Khairul Aime dan Cik Noraniza for cupcakes. Diaorg beli nak buat makan2 kat umah, sbb dah try sample arituh. hehehhe...cite ni citer lama, kira-kira pertengahan Mei lepas. Cuma tak sempat nak update blog.