Wednesday, March 25, 2009

Happy Birthday Mom!













No! No! This one bukan saya yang buat. Ianya dibuat oleh Lina (Cuppies4U) in Yong Peng. Well, saya orang Yong Peng, and I ask for her kindness to send this cupcakes for my mom as today is her birthday. Biasa lah, my mom is crazy about orchids, roses, plants...so I decided to ask Lina to do the English Garden theme as inspired by Chiquecakes. Then, kirim nozzle nya skali... Aduhhh.... tak sabar nak guna! Thanks Lina, my mom likes it sssoooooo much!


Sunday, March 22, 2009

cupcakes











Ini adalah order dari Kak Belle from Mount Austin. Dia nak cupcakes with glaze icing, dia takmo buttercream sbb takut budak2 akan cepat muak. betul juga. Kak Belle order 60pcs, untuk birthday anak dia, n bawak ke sekolah. aku cuma bimbang, takut keesokan harinya glaze akan retak. tapi aku dah tulis awal2 dalam blog ni, pros and cons setiap jenis topping. Thanks Kak Belle, jangan serik order lagi ya?

Kembali Bersemangat!











Lupakan tentang Fortune Teller, dan aku kini kembali menghadapi hidup aku sekarang. Weekend yg lepas ni agak busy, ada order fruit tart 90 biji, tapi kali ni mmg betul2 tak sempat nak snap gambar... uwaaaaaa.... betapa carelessnya aku. :( lepas siap fruit tart, saje je buat Brownies untuk rakyat-rakyat jelata umah ni. maklumla, aku tinggal dengan mak mertua, so, cuti sekolah, rumah akan riuh rendah. brownies agak pucat sebab terlupa letak chocolate emulco. tapi rasa sedap tau! ada sesiapa berminat? call saya di 0197630740 untuk sebarang tempahan.

Wednesday, March 18, 2009

A Fortune Teller said...

Assalamualaikum,
Today, no picture, no jokes. Serious matter. Last weekend I had a camping with my prefects. Ok lah, tak berapa tiring sebab semuanya telah di handle oleh fasilitator yang sudah disediakan oleh pihak kem. So, pada malam pertama kat camp tu, semua lampu telah dipadamkan, agar pengawas-pengawas dapat membuat Night-Walk without any assistance from any lights. So, aku dan beberapa org guru yang lain duduk la kat checkpoint, having "little" talk, accompanied by torch lights. So, there was one person yang insisted to look at my palm. Saje suka-suka, takde niat lain. Aku, with little "giggle", kata "ok lah, but please, do not touch my hands". So, di dalam kegelapan, dan lampu daripada henfon itulah dia melihat tapak tangan aku. Suddenly, his face turned red. Slowly dia kata, "Haryati, according to the lines, your age might not reach 40". Aku terus shocked, speechless. "AstagfirullahalAzim", indescribable feelings. Then I cried. He kept on "reading", describing that the caused of the death is due to cronic illness such as cancer or kidney. Then again, I was speechless.... and he repeatedly asked for my forgiveness as he felt he should not tell me that, as he claimed that only the monk would have the authority to tell the "bad" news..
Sebagai org Islam, adalah HARAM untuk aku percaya perkara-perkara seperti ini. Besar dosanya. On the other hand, I just could not let them out from my mind. Semua Qada & Qadar telah Allah tentukan, but I do not have ANY intention to mock the anticipation. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Salah satunya, hikmah perkara ini berlaku kepada aku, adalah supaya aku dapat menjaga amal ibadah yang masih belum cukup. Dan aku pun mula bermuhasabah diri.... Apakah bekalan yg aku akan bawa untuk mengadapNya?
Sekiranya lah, aku akan mati before 40, berapa lama lagikah aku akan ada disini? Dan disini, aku berserah kepada kekuasaan-Nya. Hanya Dia lah tempat aku panjatkan doa agar dapat terus memperjuangkan hidup demi insan-insan yang aku sayangi. Amin....

Back in Action








Assalamualaikum,
Last posting on 3rd March. Wahhh..lamanya tak menjenguk blog. Sungguh! Takde masa yang teramat sangat. Aritu pergi kursus di Larkin untuk Buddy Support System. Lepas balik kursus pula, biasalah, kena buat in-house training pulak. almost everyday tido 4-5jam je sebab menyiapkan presentation/ schedule. Tapi alhamdulillah, sekarang semuanya dah on track, BSS berjalan lancar, cuma ada beberapa halangan, itu biasalah... Then, terpaksa tolak certain orders yang tiba pada hari-hari yang penting. Tapi yang dua kat atas ni diterima pada Hari MaulidurRasul, so ada masa sket pagi2 tu mengadap flour n butter. Lepas tu, terus padamm......


Tuesday, March 3, 2009

Types of Cupcakes Offered.

Hi there, td kak Belle from UTM asked about different types of deco on top of the cupcakes. err....jenuh jugak nak explain. tapi lately, I face the same problem as a lot of people will ask abt their difference, advantages and disadvantages. Lagipun, cupcake ni agak baru di Kulai dan Bandar Tenggara. so, here they are, baca betul2 dan kemudian baru lah boleh buat pilihan.


Ok, nampak tak cendawan dan batu2 tu? Ini di namakan fondant. Fondant ni boleh dimakan, sweet as sweets. Kebaikannya ialah ianya tahan lama di dalam suhu bilik, mudah dibentuk dan biasanya boleh buat mcm2 jenis decoration yg berdiri (Barney, Wonderpets etc). Tetapi, ia akan cair apabila diletakkan di dlm fridge. Harga utk sebiji cupcake fondant ni RM3.50/pc. Mengapa harganya agak mahal sedikit? Sebab nak membuatnya begitu rumit sebab setiap biji tu, pembuatnya harus "mengadap" purata 15 minit untuk setiap biji cupcake. Kos bahan2 nya juga agak mahal sedikit dari jenis yang lain2.

Yang ini decoration buttercream. My speciality lah. Mcm aising biasa di kedai2 dan mudah cair dlm cuaca panas. Tapi kalau dimakan dlm keadaan sejuk...hmm...sedap.. :) Macam2 tema boleh dibuat, dari pertunangan, hantaran, letak kat meja masa makan berdamai, cukur jambul, letak dlm goody bag etc.. Harganya RM2.50/pc.

This one is buttercream base with gumpaste flower. Bunga tu bole dimakan sebab membuatnya pun menggunakan gula aising. Tapi biasanya beli di kedai, dah ready stok. Bunga tu, simpan la berapa lama pun, still can be eaten. Harganya RM3.00/pc.


haa...gambar ni aku amik dari bakingproject kak min yg tersgtlah aku admire hasil kerjanya. Pinjam ye kak min? Bila nak dtg JB buat kelas? bukan apa, gambar untuk glaze icing ni, kena betul2 yg focus, tapi malangnya aku takde gambar glaze icing sebaik ini. :( Yang ni harganya RM1.80 (tak termasuk strawberry tu ya!). Glaze icing ni sgt sedap dimakan ketika sejuk, tapi biasanya, keesokan harinya ianya akan start to crack.

Ada juga cupcake dgn chocolate topping berharga RM1.50/pc, cupcake dgn buttercream + edible image yg berharga RM 3.50/pc , tapi besok baru dapat di upload ya!
Happy Reading, and Happy Deciding!