Monday, July 27, 2009

Kak Belle











Saya jarang menerima feedback daripada customer. Sebenarnya, saya akui bahawa feedback adalah sgt penting untuk menentukan kedudukan sesuatu business. tapi saya juga beranggapan bahawa feedback itu tak perlu diluahkan dengan kata-kata, memadailah dengan support yang berterusan. Saya akui, ada sesetengah customer yang selepas order yang pertama, terus tak ada order lagi. Samaada ianya terlalu mahal (pada anggapan RAMAI org yang mungkin tidak "menceburi" bidang ini), ataupun rasa produk saya tidak menepati citarasa mereka. Wallahualam. Tapi Kak Belle dari Mount Austin ni adalah di antara regular customer saya. Sgt senang berurusan dengannya dan saya pun dengan rela hati tak berkira dengan nya. Kali ini Kak Belle order 70 pcs buttercream cupcakes dan dia pun tak kisah dengan apa pun designnya. Thanks Kak Belle, I really appreciate your support.
p/s: gambar teruk gila sebab snap kat belakang mpv ku. nasib baik hubby ingatkan, kalau tak, takde rezeki nak snap gambar2 tu. tu pun 2 kotak lagi tak sempat nak snap. Clumsy kan? :)

Wedding Cake







Pada hari persandingan Nana & Fazli tu, saya menerima tempahan utk wedding cake juga. Temanya gold + brown+ yellow. Nampaknya mcm matching jugak dgn alas meja tu. :)

Diana & Fazli, Felda Sg Sibol











Sebenarnya, order ni saya dapat agak last minute. Pada mulanya mcm tak sanggup, tapi sbb my niece punya adik ipar punya pasal (fuh, ni baru betul bau2 bacang), I tried to give the best as I could. Pengantin order fondant cakeuntuk dibuat hantaran. tapi minta maaf ye pengantin sbb tak berapa kemas sgt sbb ntah tak tau kenapa, malam tu tersangattttt la letihnya. So, kerjatangan pun mcm tak berapa nak menjadi.
Then, my niece (Marlina) pun order 50 pcs buttercream cupcakes dgn dome cover utk ditaja kepada pengantin. Dia nak design yg simple2 je katanya. Ok, terima kasih semuanya.

Brownies
















Wahhh...lamanya tak update blog ni. Biasa lah, tiga minggu lepas sekolah baru naik, then UTM classes were commencing, so, as usual, running here and there to complete all the tasks given. By the way, sempat juga curi beberapa hari untuk "layan" permintaan customer. Kebanyakkan 2-3 weeks before this, ramai yang mintak CMC, cheesecake dan juga produk baru, Marble Cheese Brownies ni. produk ni cheaper and easier. Customer pun tak muak. Ok, thanks everybody, especially tuan punya resepi ni.